Pada hari ini kita dapati sebahagian ibubapa tidak dapat menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak mereka. Perkara ini sudah tentulah akan diikuti oleh anak-anak kerana mereka beranggapan tiada salahnya mereka mengikut perbuatan ibubapa mereka. Inilah antara tauladan yang tidak baik dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam selain merosakkan masa depan generasi muda hari ini. Pergaulan bebas dan luar batasan Islam merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial di kalangan generasi muda pada hari ini. Oleh kerana itu, adab-adab pergaulan Islam perlu dipraktikkan samada dalam institusi keluarga, institusi pendidikan, premis pekerjaan, premis awam dan sebagainya sehingga ia menjadi satu budaya di dalam segenap lapisan masyarakat. Amalan ini pastinya akan menyumbang kepada perubahan tingkahlaku daripada yang buruk kepada yang lebih baik. Baca selanjutnya
