Maulidur Rasul: ERTI KEMENANGAN

Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri tentang perjuangan dan mencari erti kemenangan. Dalam al-Qur'an, Allah SWT menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al- fawz, al-nasru dan al-fath. Masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza dalam merungkai erti kemenangan. Kemenangan dengan istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu, masyarakat umum, dunia dan akhirat. Kemenangan al-fawz pula digunakan secara lebih khusus kepada kemenangan atau kejayaan di akhirat. Manakala kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya. Kemenangan di dunia disebut juga al-fath. Istilah al-fath digunakan oleh al-Quran dalam banyak ayat yang menyentuh tentang kemenangan besar. 
Contohnya, Allah SWT berfirman dalam Surah al-Fath ayat 1: "Sesungguhnya Kami telah memberi kemenangan kepadamu (wahai Muhammad) dengan kemenangan yang nyata".

Kemenangan di akhirat disebut sebagai al-fawz adalah kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan. Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam. Baca selanjutnya