Mentaati IBU-BAPA


Islam memandang berat berkaitan hubungan dengan kedua ibu bapa kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan mereka dalam usaha mengandungkan kita , membesar , memelihara dan mendidik kita sehingga kita mampu berdikari seperti kita hari ini. Pengorbanan mereka adalah pengorbanan yang cukup besar samada masa, tenaga, harta hatta kepada pengorbanan perasaan mereka demi melihat anak mereka dalam keadaan yang baik dan menggembirakan. Maka atas dasar itulah Islam meletakkan satu tanggungjawab besar terhadap anak-anak sehingga digandingkan dengan persoalan mentauhidkan Allah SWT .
Sesuatu yang amat mengecewakan kita dewasa ini banyak  perkara buruk berlaku, anak-anak tidak lagi hormat kepada orang yang lebih tua, berani memaki hamun ibu bapa , sanggup melakukan jenayah terhadap mereka seperti memukul , sepak terajang bahkan ada yang  sanggup membunuh. Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda akhir zaman dan tanda kiamat sudah semakin hampir. 

Persoalan mentaati ibu bapa adalah sesuatu yang sangat rapat dengan persoalan tauhid kerana sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah sedang dia mengabaikan tanggungjawab terhadap para ibu bapanya maka ia bukanlah dikalangan  orang yang beriman . Turutan perintah untuk menyembah Allah dan jangan mensyirikkan Allah dengan berbuat baik dengan kedua ibu bapa adalah menunjukkan begitu rapatnya hubungan antara persoalan taat kepada Allah dan taat kepada kedua ibu bapa. Baca selanjutnya