Islam memberi panduan kepada umatnya untuk menjalankan segala aktiviti kehidupan supaya sentiasa berada pada landasan yang tepat serta dibenarkan oIeh hukum syarak. Landasan tersebut lebih dikenali sebagai halal dan haram dalam kehidupan khususnya yang melibatkan pemakanan. Halal bermaksud melakukan sesuatu yang dibenarkan oIeh Allah dan Rasul serta mendapat pahala dan keberkatan bagi orang yang melakukannya. Haram pula sesuatu yang dilarang oIeh Allah dan Rasul-Nya daripada melakukannya serta mendapat dosa dan kemurkaan Allah bagi mereka yang melakukannya. Baca seterusnya