Nota Kemaskini: 10.10.2010
AJK Perintis MDESJ diraikan di Majlis Jamuan Eidulfitri 1431H

Barisan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (1985)
Sebagai memperingati usaha gigih mereka, khususnya sebagai wadah untuk ahli qaryah generasi baru kini; di lakarkan urutan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pembinaan dan pembangunan MDESJ:
1976 - Fasa I (SS15) Subang Jaya mulai didiami. Masyarakat Islam menubuhkan PERKEMAS, dengan memberi fokus membangunkan tempat solat berjemaah. Dan segala-galanya bermula dengan rumah kedai milik UDA di No. 25, Jalan SS15/5A dijadikan Surau sementara.
1979 - Sebidang tanah seluas dua (2) ekar ditawarkan untuk tapak Masjid. Namun ianya tidak mungkin memenuhi hasrat mengwujudkan Kompleks Pusat Islam.
1981 - Berkat dari usaha yang tidak mengenali putus asa, dengan izin Allah akhirnya berjaya memperolehi tapak seluas 2.947 hektar (7.282 ekar) yang ada sekarang. PERKEMAS melancarkan tabung pembinaan Surau. Sebanyak RM65,000 telah berjaya dikumpulkan (derma kilat) oleh masyarakat Islam setempat ketika itu. Dan dalam masa sebulan sahaja Surau berjaya dibangunkan.
1982 - Surau tersebut juga telah berfungsi sebagai Sekolah Agama di sebelah pagi dan petang. Untuk makluman, bangunannya masih kekal di tapak asalnya. Kini dijadikan surau dan kantin Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) /Maahad Tahfiz Masjid Darul Ehsan dan Sekolah Agama (KAFA) Masjid Darul Ehsan.
1984 - (April) Kerja-kerja pembinaan masjid bermula. Pelan dan rekabentuk Masjid diusahakan oleh Arkitek Kumpulan Senireka Sdn Bhd. Kos pembinaan menelan belanja RM2,000,000 melalui dana terkumpul seperti berikut:

- RM400,000 sumbangan orang perseorangan /Ahli Qaryah;
- RM600,000 sumbangan United Estate Projects (UEP) Berhad;
- RM700,000 peruntukan Kerajaan Negeri Selangor; dan
- RM300,000 peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"...Beta mengistiharkan dengan rasminya Masjid Darul Ehsan Subang Jaya"
- Almarhum DYMM Sultan Selangor
- Almarhum DYMM Sultan Selangor
1984 - Pada 1 Rabiul Akhir 1405H bersamaan 25 Disember 1984 Masjid mula digunakan dan menjadikannya sebagai masjid pertama terbina di Subang Jaya.
1985 - Tepat jam 12:30 tengahari Jumaat, 28 Zulhijjah 1405H bersamaan 13 September 1985; Masjid telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor - Al-Marhum Sultan Solahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Ianya bersempena dengan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Baginda. Dan dengan rasminya diberi nama MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA (MDESJ).