"Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkan sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakan".
Bagi mereka telah meninggal dunia, berakhirlah semua urusan mereka di dunia ini sebaik sahaja mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Namun bagi kita yang masih hidup, berkewajipan untuk menguruskan jenazah mereka, iaitu dengan memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikan. Namun, majoriti di kalangan ahli kariah mengambil sikap tidak ambil tahu, tidak peduli, atau tidak merasa terpanggil untuk membantu menguruskan jenazah dalam kariah mereka. Baca selanjutnya