Tsunami - iktibar yang DILUPAKAN!

Kuasa Allah mengatasi kecanggihan teknologi
Sebenarnya ada pendokong fahaman sekular yang tidak menolak kewujudan Allah.  Namun, mereka menganggap Allah tidak berperanan dalam perkembangan alam dan  kehidupan manusia.  Pada pandangan mereka  Allah mencipta alam semesta dengan kuasa-Nya, lalu membiarkan ia berjalan berdasarkan sistem semula jadi nya.  Terserahlah kepada manusia untuk menguruskan alam dan menghadapi segala kemungkinan dari sistem tabi'inya.  Ini termasuklah penafsiran terhadap segala musibah yang berlaku.  Ia dianggap tiada kaitan dengan perlakuan manusia mahu pun kemurkaan Allah SWT.
"Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim"  Baca selanjutnya