![]() |
Projek Wakaf @Kemboja |
Wakaf bermaksud memberikan sesuatu harta yang kekal manfaatnya. Harta wakaf adalah berbentuk produktif iaitu kekal dan boleh juga dikembangkan dalam pelbagai bentuk manfaat untuk keperluan umat Islam dan generasi akan datang. Perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan contoh terbaik yang telah menjadi batu asas kepada amalan wakaf, di mana wakaf yang pertama sekali di dalam Islam ialah pembinaan Masjid Quba' seterusnya diikuti dengan pembinaan Masjid An-Nabawi. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah membeli tanah tersebut daripada dua saudara yatim piatu Sahal dan Suhail dengan harga 100 dirham, kemudian mewakafkan tanah tersebut bagi pembinaan masjid. Baca selanjutnya