Zakat Fitrah

Kenapakah ia disebut zakat fitrah?

Imam An-Nawawi r.a. menyebutkan, fitrah bermaksud jiwa atau asal usul penciptaan manusia. Oleh itu, Zakat Fitrah diwajibkan oleh Allah SWT kepada orang Islam sebagai penebus jiwa daripada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan. Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani pula menyatakan, Zakat Fitrah bermaksud, zakat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas orang-orang Islam kerana berbuka pada bulan syawal, setelah selesai berjuang menghadapi ujian lapar dan dahaga berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Ia adalah sebagai satu tanda kemenangan melawan hawa nafsu.
Zakat Fitrah adalah satu ibadah wajib yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Ia adalah perintah wajib dari Allah dan rasul-Nya yang mesti dipatuhi, dan sesiapa yang mengengkarinya boleh membawa kepada kekufuran. Baca selanjynya