Nilai keMERDEKAan

Di bulan Ramadhan ini kita sedang berjuang untuk membebaskan dan memerdekakan diri kita daripada sebarang dosa dan maksiat. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah dan Berjaya memerdekakan diri kita daripada api neraka. Menurut Islam, kemerdekaan itu bererti kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan samada lahiriah mahupun batiniah. Namun kebebasan itu mestilah dibataskan dengan syariat Allah swt. Kebebasan itu juga bermaksud bahawa seseorang itu dapat melepaskan dirinya daripada ikatan dunia dan nafsu serta tidak tunduk melainkan hanya kepada Allah swt sebagaimana kita dididik sebulan di madrasah ramadhan ini.Baca Selanjutnya