Taqwa adalah merupakan natijah daripada ibadah puasa yang telah kita laksanakan selama tempoh sebulan di dalam bulan ramadhan yang lalu. Sifat taqwa ini tidak akan dapat dicapai melainkan oleh hamba-hambanya yang taat menuruti segala perintah Allah swt termasuklah perintah puasa. Apabila puasa ditunaikan, maka dosa-dosa kita akan diampunkan dan jiwa kita akan menjadi bersih lantas dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadah malam (qiamullail) tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat." Baca selanjutnya