Aqidah bermakna suatu ikatan yang kuat lagi kemas tersimpul, mempercayai tiada tuhan yang disembah melainkan hanya kepada Allah. Inilah jalan yang membebaskan manusia daripada seluruh perhambaan selain Allah kepada Allah semata-mata. Apabila kita meyakini dengan teguh dan mempercayai bahawa Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah, bermakna kita hanya menerima Allah SWT sebagai Tuhan kita, Tuhan yang menurunkan peraturan, undang-undang dan hukum-hakam-Nya yang wajib kita patuhi dan kita ikuti. Baca selanjutnya