Apabila kita berusaha mencari dana di dunia ini sebelum ke akhirat, terlintas di fikiran kita untuk mencari segala keperluan yang berupa wang, harta dan kemewahan di dunia sebelum ajal menemui kita. Inilah perkara yang selalu difikirkan oleh sebahagian masyarakat kita sehinggalah kita lupa bahawa kehidupan ini sebenarnya hanya sementara untuk mencari bekalan menuju kehidupan yang hakiki di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Rebutlah lima perkara sebelum berlakunya lima perkara; masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa kayamu sebelum tiba masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba kematianmu." (Riwayat Al-Hakim)
Berdasarkan hadis di atas jelas menunjukkan bahawa sementara kita hidup di dunia, sewajarnya kita penuhkan diri kita dengan mencari dana berupa ilmu dan amal, bukannya mencari kemewahan dan kesenangan hidup semata-mata. Malah dengan ilmu ia menjadi pedoman hidup dan mendasari segala tindak tanduk dan amalan kita. Baca seterusnya