HARAPAN Agama & Bangsa


Sebenarnya generasi muda hari ini menghadapi cabaran dan peranan yang penting. Generasi muda berperanan memacu negara ke arah yang lebih maju dan lebih baik. Generasi muda adalah masa depan agama dan negara. Sekiranya generasi muda hari ini rosak, maka akan rosaklah agama dan negara pada masa akan datang. Namun, sekiranya generasi muda hari ini adalah mereka yang teguh akidahnya, kukuh imannya, indah budi pekertinya, maka agama dan negara kita akan berada di dalam situasi yang diharapkan semua.

Dalam Islam, generasi muda mendapat kedudukan dan menjadi tumpuan penting dalam al-Quran dan al-Sunnah. Generasi muda dalam Islam bukan sahaja dianggap sebagai “harapan agama dan negara” tetapi
mereka turut disifatkan sebagai “penjaga agama”. Al-Quran telah membawakan contoh kisah ashab al-Kahfi iaitu penghuni gua yang teguh akidah mereka, kukuh iman mereka, indah budi pekerti mereka. Mereka hidup di bawah pemerintahan raja yang zalim dan masyarakat yang rosak agama dan  akhlaknya. Mereka mempunyai kedudukan sehinggakan Allah SWT menyifat dan memuji mereka sebagai “orang-orang muda yang beriman kepada Allah, dan Allah tambahkan bagi mereka hidayah dan petunjuk”  BACA SELANJUTNYA