SIRAH Rasulullah

Kita sedang berada dalam zaman yang penuh pancaroba. Zaman manusia saling kejar mengejar dalam merebut harta dunia. Zaman manusia tidak memperdulikan hukum halal dan haram  dalam melakukan sesuatu tindakan. Zaman manusia sering merasa tertipu dengan sistem yang ada. Zaman manusia sering kecewa dengan nasib malang yang menimpa diri masing-masing.

Manusia bagaikan hilang arah apabila bercakaran sesama sendiri. Masing-masing saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing mendakwa merekalah yang benar. Akibatnya berlakulah pertelagahan yang tidak ada nokhtah penghujungnya. Dalam menyelesaikan segala kepincangan yang berlaku, manusia hari ini perlu merendah diri dan menoleh seketika kepada perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. Ini kerana sirah baginda s.a.w. bukan semata-mata kisah dan cerita panglipurlara. Ia adalah rencana hidup utusanAllah yang perlu diteladani dan diikuti oleh sekalian umatnya. Sirah Nabi s.a.w. adalah model kehidupan beragama yang dikehendaki oleh Allah Tuhan semesta alam.

Allah berfirman di dalam surah Al-Ahzab ayat 21: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".  BACA SELANJUTNYA