Membina Generasi

Saban hari kita dipertontonkan dengan pelbagai masalah sosial.  Sebutlah apa sahaja kita akan dapat mengetahuinya melalui media massa sama ada di kaca televisyen, skrin komputer, paparan akhbar, majalah dan lain-lain.  Seolah-olah tiada petanda bahawa masalah ini akan berkurangan, jauh sekali untuk dihapuskan. Setiap hari ada sahaja berita mengenai penipuan, rasuah, penderaan, rompakan, membunuh, mencabul, rogol, buang bayi, dan sebagainya. Apakah mereka yang melakukan perbuatan jahat ini tidak pernah terdidik? Apakah generasi kini telah hilang segala kekuatan, kehebatan dan ketokohan seperti yang pernah dimilik oIeh umat Islam suatu ketika dahulu?. 
Generasi Islam terdahulu telah melakar sejarah gemilang dengan kejayaanmeletakkan Islam pada puncak dan mercu kehebatan. Baca selanjutnya