![]() |
Piala Juara-Juara SEDUTAN MAUT? |
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih sepuluh ribu kematian setahun; tiga puluh peratus daripadanya disebabkan oIeh sepuluh jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak, kanser pundi kencing, kerosakan buah pinggang dan kanser perut. Lima puluh peratus lagi kematian berpunca dari sakit jantung dan strok. Bahkan menurut kajian, lebih seratus ribu (100,000) perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih empat ribu bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Baca selanjutnya