Secara ringkasnya boleh kita rumuskan bahawa Makruf bermaksud kebaikan dan ketaatan manakala Mungkar bermaksud kejahatan dan kemaksiatan. Maka ungkapan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini bermaksud "Menyuruh melakukan kebaikan dan Mencegah Kemungkaran."
Tanggungjawab melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini meliputi tanggungjawab setiap individu muslim mengikut tahap tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya. Hakikat ini dinyatakan berdasarkan sebuah hadits yang masyhur dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, Jika dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya, jika dia tidak mampu hendaklah mencegah dengan hatinya. Namun yang demikian ini adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)Baca selanjutnya