Pembaziran

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi mengatakan, terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:  1.Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan. 2.Pembaziran amalan iaitu membazir jika melakukannya dengan hati yang tidak ikhlas. 3.Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah S.W.T. 4.Pembaziran hati iatu membazir jika hati yang kosong kerana tidak mengasihi Allah S.W.T. 5.Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T. 6.Pembaziran cinta iaitu membazir jika kita mencintai orang atau perkara lain melebihi cinta kepada Allah S.W.T.  7.Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak digunakan dan  diurus dengan sebaiknya. 8.Pembaziran akal iaitu membazir jika memikirkan sesuatu yang hanya untuk dunia semata-mata tanpa bermanfaat  kepada agama. dan 9.Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak menyebutnya  dengan betul, hilang tumpuan, bermain-main atau sambil lewa sahaja dan sebagainya. Baca selanjutnya