Isra' Mijraj - klip video kehidupan

7 LAPISAN LANGIT.. Al-Quran
Isra' dan mi'raj telah memaparkan banyak peristiwa kepada kita tentang gambaran nikmat dan azab kehidupan selepas kematian; gambaran nikmat orang-orang yang beriman dan gambaran balasan azab yang dirasai oleh orang-orang yang ingkar dan berbuat maksiat kepada Allah SWT. Ke semua ini telah dipertontonkan kepada Rasulullah s.a.w. dan telah diperjelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. yang mengiringi perjalanan Isra' dan mi'raj Baginda Rasulullah s.a.w.

Antara gambaran azab siksaan yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. di sepanjang pengembaraan Malam Isra' dan mi'raj ialah;
  1. Peristiwa sekumpulan manusia yang menghentak kepala mereka ke batu. Ini adalah gambaran orang-orang yang lalai mengerjakan solat.
  2. Peristiwa sekumpulan manusia yang memakan tumbuh-tumbuhan berduri. Ini pula merupakan gambaran mengenai orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat.
  3. Peristiwa sekumpulan manusia yang memakan daging busuk sedangkan di tangannya ada daging yang baik. Ini pula adalah gambaran orang-orang yang melalukan perbuatan zina. Baca selanjutnya