Melentur Rebong

Anak: ujian dan warna warni kehidupan
Membentuk sebuah keluarga bukanlah untuk sehari dua sahaja, bahkan ianya akan terus berkekalan selama mana hayat dikandung badan. Maka usaha ini sudah pasti akan menempuh pelbagai cubaan dan juga rintangan. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat 28 yang bermaksud:

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu adalah menjadi ujian bagimu, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".
Kejayaan ibubapa membentuk keluarga beriman akan menjadi cermin kepada anak-anak apabila mereka juga membina sebuah keluarga suatu masa kelak. Oleh kerana itu, ibubapa seharusnya menjadi contoh teladan yang baik sepanjang masa kepada kehidupan anak-anak. Perkara ini penting kerana ia akan mempengaruhi kelangsungan hidup generasi seterusnya secara turun-temurun, kerana kemerosotan akhlak pada hari ini sudah pasti akan menyumbang kepada kerosakan akhlak pada masa akan datang. Baca selanjutnya