Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Dengan penuh rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T, kita mengalu-alukan kedatangan ramadhan yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi. Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan rahmat, bulan kebajikan, bulan maghfirah dan InsyaAllah akan membebaskan kita daripada api neraka sekiranya kita benar-benar melaksanakan segala tuntutannya dengan penuh ketaatan. Setiap muslim mukmin yang muttaqi amat gembira dengan kedatangannya, sebaliknya kedatangannya amat tidak disenangi pula oleh mereka yang lemah imannya.
Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah, kerana diberi kesempatan untuk menemui lagi ramadhan pada kali ini serta terus mengharap agar dapat bersamanya sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengan ramadhan di tahun-tahun yang mendatang. Kita mahu menjadi golongan mukmin yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yang bermaksud: "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun" Baca selanjutnya