Umat Islam di Malaysia tidak dapat lari dari istilah khurafaat dan tahyul. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana khurafat itu sendiri berakar umbi sejak zaman jahiliah lagi.
Tahyul pula mempunyai hubungkait dan makna yang sama yang meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta. Untuk kita mengenali adakah ianya khurafat atau tidak adalah berdasarkan ciri-ciri berikut: 1.Amalan yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi saw; 2.Mengandungi cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut. 3.Khurafat bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan ajaran Islam. 4.Khurafat menggunakan objek-objek tertentu seperti keris, batu cincin, kayu koka dan sebagainya. 5.Khurafat mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah. 6.Khurafat berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus melalui kubur, patung, pokok dan sebagainya. Baca selanjutnya