Sesuatu generasi dikatakan merdeka apabila dapat memiliki pemikiran, minda dan misi yang tidak terikat dengan penjajah. Oleh yang demikian, masyarakat yang merdeka sudah pasti mempunyai kehebatan, kebijaksanaan dan kemampuan untuk mentadbir dan melaksanakan aktiviti kehidupan berdasarkan panduan Ilahi, demi untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Hal ini amat penting difahami kerana merdeka bererti bebas daripada sebarang cengkaman mental, fizikal dan spiritual tetapi tetap mematuhi panduan syarak.
Para penjajah telah melakukan cara licik yang amat berkesan; antaranya melalui penggunaan bahasa sebagai alat untuk merosakkan pemikiran, pemahaman dan keyakinan umat Islam. Melalui bahasa sama ada; Belanda, Inggeris, Perancis dan lain-lain, mereka boleh mempropagandakan pendapat, pandangan dan huraian. Melalui penguasaan bahasa akan wujud pula jaringan menerusi percakapan, persuratan, penulisan dan media massa. Baca selanutnya