KEMELUT Sosial

Krisis dan kemelut sosial Negara berada pada tahap yang amat membimbangkan. Antara masalah yang dihadapi adalah penyalahgunaan dadah, penagihan, pengedaran dan penyeludupannya mengepalai senarai gejala-gejala negatif tersebut seolah-olah sudah hilang jalan penyelesaiannya. Kita semua sedar bahawa dadah tersenarai sebagai musuh nombor satu negara yang telah mengorbankan banyak jiwa, tenaga dan harta negara.
Walau apapun halangan, kita tidak boleh berputus asa dalam usaha menentang serangan musuh ini. Sebagai umat Islam, kesedaran dan tanggungjawab menentang habis-habisan musuh Negara itu hendaklah sentiasa ada dalam diri kita. Kita hendaklah bermujahadah menentang musuh Islam yang menggunakan dadah sebagai salah satu strategi dan taktik kotor mereka untuk melemahkan umat Islam dan sekaligus memusnahkan Islam. Baca SELANJUTNYA