Perkara makruf meliputi kepercayaan, percakapan, tindakan, perlakuan dan pemikiran yang memenuhi tuntutan syarak. Apabila kebaikan banyak dilaksanakan maka akan wujudlah kedamaian, ketenteraman, keadilan, kesejahteraan dan keceriaan. Manakala perkara mungkar meliputi semua perkara buruk, keji dan jahat, zahir mahu pun batin, yang apabila dilakukan akan membawa kepada kerosakan, kehancuran dan kemusnahan iman, aqidah, syariat kepada kehidupan manusia di dunia. Baca selanjutnya