Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kepada kita suatu jenis minuman yang disebut sebagai al-khamar. Al-khamar adalah minuman yang memabukkan yang sering kali disebut sebagai arak. Dalam dunia yang serba moden ini, arak dikenali dengan pelbagai nama dan jenama seperti wine, tuak dan sebagainya. Arak adalah minuman yang boleh membawa kepada kemudharatan dan menjerumuskan peminumnya kepada kemaksiatan. Rasulullah s.a.w bersabda;
"Arak itu ibu segala kejahatan, sesiapa yang meminumnya solatnya tidak diterima Allah selama 40 hari. Sekiranya ia mati arak itu masih di dalam perutnya, maka matinya sebagai seorang jahiliyah". (Riwayat Daruqutni)
Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudharatannya kepada manusia. Arak bukan sahaja boleh merosakkan fikiran dan kesihatan manusia. Malahan ia juga boleh menjadikan seseorang itu hilang pekerti dan rosak akhlak serta aqidahnya. Manusia yang ketagihan arak bukan sahaja akan memalingkan dirinya daripada mengingati Allah SWT malahan lupa tanggungjawabnya sebagai hamba, lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, bahkan mereka yang sedang hanyut dalam kemabukan arak akan mudah terdorong untuk melakukan dosa-dosa besar yang lain seperti berzina, bergaduh dan membunuh. Ini kerana arak telah merosakkan pertimbangan akal mereka yang waras sehingga menyebabkan segala tindak-tanduknya hanya mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata. BACA SELANJUTNYA