Bahawa golongan yang berhak menerima zakat telah ditentukan oleh Allah SWT yang Maha Bijaksana. Pengagihan dan penyaluran zakat adalah matlamat utama kenapa ibadah ini disyariatkan kepada umat Islam. Meraka yang tidak tergolong dalam asnaf yang dinyatakan dalam ayat di atas, adalah tidak layak menerima zakat, bahkan haram menerimanya kerana ia sebenarnya telah mengambil hak asnaf yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Bahkan, menurut pendapat sebahagian ulama, orang yang mengeluarkan zakat dengan menyerahkannya kepada golongan yang bukan asnaf, hukum zakatnya adalah tidak sah dan ia masih tidak terlepas daripada kewajipan mengeluarkan zakat. Baca selanjutnya