PENYELAMAT di dunia dan akhirat


Kalimah PENYELAMAT - dunia & akhirat
Rasulullah s.a.w pernah menghantar surat kepada ketua kerajaan Rom dalam misi dakwahnya yang tertulis seperti berikut;   "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, hamba Allah dan utusan-Nya; kepada Herkulis, Maharaja Rom. Salam sejahtera ke atas sesiapa yang mengikut petunjuk. Dengan itu, saya menyeru engkau dengan seruan Islam. Masuklah Islam, nescaya engkau selamat. Allah akan memberimu ganjaran dua kali. Maka jika engkau berpaling, maka engkau akan menanggung dosa rakyatmu termasuk para petani dan peladangnya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)   
Dalam seruan ini, baginda menegaskan bahawa tindakan memeluk Islam akan menyelamatkan manusia termasuk para pembesar yang memerintah. Sebaliknya, manusia yang berpaling dari Islam akan menanggung dosa. Jika dia seorang raja dan pemimpin, maka dia akan menanggung dosa rakyatnya yang tidak memeluk Islam jika dia tidak menyeru rakyatnya untuk memeluk Islam. Ini kerana manusia secara nalurinya mudah menurut agama dan kepercayaan para pemimpin mereka. Islam menyelamatkan seluruh makhluk termasuk manusia dan jin. Islam menyelamatkan manusia dalam dua alam kehidupan iaitu - alam akhirat, juga ketika di dunia yang sementara. Baca selanjutnya