Islam disyariatkan oleh Allah berdasarkan kepada aqidah tauhid yang benar, kepada Syariat Islam yang adil, dan berdasarkan kepada akhlak yang mulia atau sering disebut sebagai ehsan. Jika akhlak yang mulia itu ditinggalkan, maka tidak sempurnalah Islam kita, cacatlah agama yang kita anuti dan tercalarlah sahsiah kita sebagai seorang muslim yang sempurna, kerana akhlak itu mencerminkan peribadi dalaman seseorang muslim sejati, akhlak adalah cerminan dari akidah iman dan amalan syariat yang dihayati.
Akhlak yang menjadi cermin kepada peribadi seseorang muslim, adalah selaras dengan makna ehsan yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya; "Bahawa ehsan itu ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihat kamu". (Riwayat Muslim)
Sememangnya nabi s.a.q diutus oleh Allah dengan tujuan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dalam kehidupan, sehingga umatnya dapat mencerminkan keperibadian muslim yang tinggi, membersihkan amalan, menyucikan hati nurani dengan sebersih-bersihnya, sehingga ia dapat menghampirkan diri kepada Allah SWT.. Seorang muslim mestilah memilik akhlak yang sempurna, berasaskan akidah dan keimanan yang bersandar dan bergantung kepada Allah SWT, bahkan segala pergerakan hambanya lahir daripada kehendak dan kuasa Allah. Maka kerana itu, seluruh aktiviti pergerakan hambanya mencerminkan ketundukannya kepada Allah SWT yang Maha berkuasa sehigga Allah mengasihi dan meredhainya. Baca selanjutnya