bahaya SYIRIK

Syirik bermaksud mempersekutukan Allah SWT, meyakini dan mempercayai kepada sesuatu makhluk bahawa ia berkuasa untuk memberi manfaat dan mudharat terhadap sesuatu perkara. Kepercayaan yang merosakkan akidah ini dapat dilihat melalui perlakuan seperti memuja dan meminta pertolongan di tempat-tempat yang dipercayai keramat atau penunggu,  berjumpa pawang untuk menilik nasib, membuat tangkal dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w melarang umatnya dari melakukan segala bentuk syirik kerana ia merupakan dosa besar yang amat dimurkai oleh Allah SWT.  Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun) dan akan mengampuni dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar".

Akidah yang bersih dari segala bentuk perlakuan syirik adalah asas agama Islam. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w berjuang menumpukan dakwah dalam tempoh kerasulan baginda bagi memperbetulkan akidah manusia. Justeru, sebagai seorang muslim, kita sewajarnya sedar tentang kepentingan akidah agar kita terus memperkemaskan dan memagarinya dengan ilmu, amal dan taqwa. Agar ia tidak mudah goyah dan dicemari dengan apa jua perlakuan syirik. Baca selanjutnya