Sebagai seorang muslim kita dituntut untuk yakin dan beriman dengan Hari Akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya. Ini adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya dari kalangan mereka. Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Mulk ayat 2 :
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yng derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".
Sesungguhnya amalan seseorang itu adalah sebagai ukuran yang dapat memperlihatkan tahap sebenar kehambaan manusia di sisi Tuhannya. Siapakah yang tinggi ketaqwaannya dengan amal ibadah yang diganjari pahala dan siapakah pula yang rendah mertabat kehambaannya lalu hidup di dunia bergelumang dengan kemungkaran dan dosa. Baca seterusnya