
Perniagaan dalam Islam dianggap sebagai suatu pekerjaan yang mulia kerana di dalamnya wujud amalan membantu memenuhi keperluan hidup umat manusia.
Rasulullah s.a.w sendiri sebelum diangkat menjadi rasul, Baginda telah terlibat dalam dunia perniagaan semenjak usia remaja lagi. Baginda juga digelar sebagai seorang peniaga yang berjaya kerana apabila setiap kali memperdagangkan barangan milik saidatina Khadijah, baginda akan membawa pulang keuntungan yang berlipat kali ganda. Begitu juga dengan para sahabat Rasulullah s.a.w seperti saidina Abu Bakar as-siddiq, Zubair Al-Awwam, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain lagi, kebanyakannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan selain melaksanakan tugas dakwah dan jihad fi sabilillah. Baca selanjutnya