Generasi BERTAQWA

Anak adalah amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada para ibubapa untuk memelihara dan membentuknya menjadi insan yang berguna. Mereka ibarat kain putih yang bersih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya mengikut acuan yang mereka kehendaki. Anak-anak juga  merupakan keturunan kita yang bakal mewarisi tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini.

Justeru sebagai ibubapa, kita seharusanya berusaha untuk mempersiapkan anak-anak dan keturunan kita dengan nilai ketaqwaan. Abdullah Nasih Ulwan telah menggariskan beberapa perkara penting yang menjadi tanggungjawab ibubapa dalam usaha mempersiapkan anak-anak menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah SWT, iaitu tanggungjawab pendidikan keimanan, akhlak, jasmani, mental, rohani dan sosial.

Anak-anak hendaklah dididik sejak awal usia mereka dengan menerapkan nilai-nilai yang mampu membentuk keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT. Apabila mereka telah mendapat didikan mengenai perkara-perkara keimanan dari usia kecil, dan akal fikirannya telah dimantapkan dengan dalil-dalil yang kukuh mengenai tauhid dan keesaan kepada Allah SWT, nescaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang merosakkan akidah. Baca selanjutnya