SYAABAN: Meraih Ganjaran


Apabila sampai malam 15 Sya'ban yang dikenali juga dengan "Malam Nisfu Sya'ban", para ulama' yang mengikuti fahaman ahli sunnah wal jamaah biasanya melakukan pembacaan surah Yasin 3 kali selepas solat fardhu Maghrib. Mereka memperbanyakkan doa untuk kebaikan diri dan seluruh umat Islam baik secara individu atau secara berjemaah, dengan harapan agar diberi ketetapan iman dan Islam, rezeki yang luas dan umur yang panjang serta mati dalam husnulkhatimah.

Dinamakan bulan Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak. Oleh itu, untuk mendapatkan kemuliaan dan ketinggian, seseorang itu mestilah banyak melakukan amal kebajukan, supaya dengan yang demikian, hati kita akan tunduk, jinak dan mudah menerima cahaya hidayah Allah SWT.
Pada malam Nisfu Sya'ban, buku catatan amal kita akan diangkat ke langit oleh para malaikat (Raqib dan Atid). Apabila tiba waktu perhitungan amalan, buku itu akan dipergunakan sebagai saksi bagi setiap manusia.

Menurut sejarah, antara peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Sya'ban ialah Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya mengubah arah qiblat bagi kaum muslimin, yang sebelumnya menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis bertukar ke arah Masjid al-Haram (Kaabatul Musyarrafah) di negeri Mekah al-Mukarramah.     Baca selanjutnya