Peristiwa Israk dan Mikraj ini mempunyai hubung kait
dengan perintah menunaikan ibadah solat. Ibadah ini diperintah oleh Allah
S.W.T., dengan menjemput Rasulullah s.a.w. datang mengadap-Nya di Arasy, bukan
dengan mengutus malaikat Jibril a.s., untuk menyampaikannya ke dunia, seperti
mana perintah menunaikan ibadah puasa, zakat dan haji.
Status
ibadah solat, di sisi Allah SWT adalah perkara utama dalam ibadah. Dengan
berdirinya solat, maka tegaklah agama, dan apabila meninggalkan solat, maka runtuhlah
agama.
Hadis
daripada Umar al-Khattab R.A bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda;
"Solat
itu adalah tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan
agama, dan barang siapa yang meninggalkannya, bererti ia telah merobohkan
agama". (Riwayat Al-Baihaqi)
Ibadah
solat pada mulanya difardhukan sebanyak 50 kali solat, siang dan malam.
Rasulullah s.a.w. berulang kali mengadap Allah SWT, mohon supaya diringankan.
Allah SWT memperkenan permintaan Baginda dengan mengurangkannya kepada 5 kali sahaja.
Allah SWT berfirman:-
"Wahai Muhammad, itulah solat lima
kali, setiap siang dan malam. Pada setiap sekali daripadanya, dikira sepuluh.
Jika 5 kali, maka ia menjadi 50 solat".
Ini menunjukkan
bahawa solat itu hebat statusnya, iaitu hebat cara menyampaikannya kepada
Rasulullah s.a.w., malah hebat juga cara melakukannya. Baca selanjutnya