MENCITAI Rasulullah


Firman Allah SWT dalam surah Ali-‘Imran ayat 31;

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat menyayangi Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang mendakwa bahawa ia cintakan Allah,  maka sudah semestinya ia mencintai Rasul-Nya dan dengan itu ia akan disayangi Allah SWT dan diampunkan dosanya. Cinta merupakan ungkapan yang sering diucapkan oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Perkataan cinta menggambarkan perasaan atau berperasaan yang sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang; samada antara suami dan isteri, ibu dan anak, sesama kaum keluarga, kaum kerabat dan sebagainya. Cinta itu bukan sekadar suatu yang tumbuh subur di dalam jiwa bahkan ia juga adalah suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkahlaku seseorang.

Dalam konteks membicarakan perasaan cinta atau kasih dan sayang ini, kita sebagai individu muslim tidak dapat lari dari membicarakan perasaan kasih dan sayang kita kepada Pencipta kita dan juga rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Allah SWT telah mengutuskan rasul-Nya kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar melalui tunjuk ajar dan tindak tanduknya.

Persoalannya apakah bentuk cinta yang perlu kita buktikan terhadap Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan kita seharian? Baca selanjutnya