PROSES Pentarbiyyahan

Allah SWT juga mentarbiyyah Rasulullah S.A.W untuk mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya supaya dilaksanakan dalam bentuk amalan biasa atau ibadah. Ini dapat dilihat Rasulullah SAW ditarbiyyah oleh Allah supaya bangun malam, beribadah dan membaca al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5;
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah di waktu malam (untuk bersolat tahajjud), kecuali sedikit masa (yang diperuntukkan untuk berehat), iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada waktu itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil' (perlahan-lahan), sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah-perintah yang berat)".

Ibadah yang kita lakukan hendaklah benar-benar khusyuk sehingga dapat kita merakan kelazatan hubungan kita dengan Allah SWT dan merasakan kepuasan dari ibadah yang kita kerjakan itu. Bahkan kita hendaklah merasa tamak dalam beribadah yakni tidak cukup dengan apa yang telah kita lakukan. Kita akan sentiasa berusaha untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti melakukan qiamullail dan sebagainya. Sesungguhnya qiamullail adalah merupakan perkara yang paling kuat yang dapat memelihara dan mengukuhkan iman kita. Baca selanjutnya