Kerja DUIT


Sesungguhnya harta dan wang ringgit yang kita miliki adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Justeru, ia perlu diurus, dirancang dan dibelanjakan menurut panduan syariat bagi menjamin kesejahateraan hidup di dunia dan kebahagiaan kita di akhirat. Setiap wang ringgit yang kita perolehi dan belanjakan pasti akan ditanya di akhirat kelak. Inilah realiti yang wajar kita jadikan prinsip hidup kita dalam perancangan harta dan kewangan kita.

Hadis daripada Abu al-Barazah al-Aslami, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya pada urusan apa dihabiskan, tentang ilmunya apakah telah diamalkan, tentang hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya pada perkara apa digunakan". (Riwayat At-Tirmidzi)    Baca Selanjutnya