Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Zina adalah suatu perbuatan yang amat terkutuk, keji dan kotor dan golongan yang melakukannya adalah sungguh besar dosanya serta dilaknat oleh Allah SWT. Orang yang melakukannya juga adalah melakukan perbuatan syaitan dan berada dalam kesesatan, kemungkaran yang mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pembinaan generasi, institusi keluarga dan Ummah.
Larangan ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Isra' ayat 32: "Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)". Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat.
Istilah homoseksual atau lesbian merujuk kepada hubungan seksual sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Bahaya aktiviti homoseksual ini ialah ia akan dan telah merosakkan kekuatan moral masyarakat. Ia juga berupaya membunuh institusi kekeluargaan dan keturunan. Perlakuan homoseksual juga mencerminkan kemunduran pemikiran ummat. Aktiviti jijik ini bertanggungjawab atas tersebarnya wabak dan penyakit yang merosakkan ketamadunan manusia itu sendiri. Apabila semakin merebaknya budaya songsang ini, maka tentunya masyarakat yang terbena nanti merupakan masyarakat yang pincang moralnya.
Baca SELANJUTNYA