...di USIA SENJA

Sama ada suka ataupun tidak suka, mahu ataupun tidak mahu, kita harus menerima hakikat dan kenyataan bahawa setiap yang muda akan beralih menjadi tua apabila sampai masa yang di tetapkan Allah. Rasulullah S.A.W. berpesan dan mengingatkan bahawa orang yang tidak menghormati orang tua bukan golongan muslim sebagaimana sabdanya yang bermaksud:  "Bukanlah daripada golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami."  (Riwayat Al-Tabrani) 

Hadis ini mensyaratkan bahawa Islam amat menuntut umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada orang tua sama ada ibu bapa, kaum kerabat dan sesiapa saja yang mencapai usia tua. Baca selanjutnya

Nota kemaskini:  Khutbah ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Ir Hj Wan Seman bin Wan Ahmad, NAZIR Masjid Darul Ehsan Subang Jaya; pada 26 Zulkaedah 1433H (12 Oktober 2012).