Antara penghinaan tersebut ialah penulisan buku versi setan oleh Salman Rusdi, 1989, Taslima Nasreen, warga Bangladesh pada tahun 1990 dan laman web yang muncul pada tahun 2011. Laman web ini telah meletakkan gambar perempuan bercoli dan berseluar dalam serta diikuti gambar babi dan berbagai lagi objek jijik dan diletak di atas kaabah.
Nampaknya siri terbaru penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W. dan Islam melalui filem innocence of MUSLIMS, (Muslim yang tak berdosa) yang antaranya memaparkan watak, kononnya rasul S.A.W. gila seks. Di sana sini kedengaran suara bantahan daripada individu-individu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, parti-parti politik dan masyarakat awam terhadap pihak yang membuat filem jahat tersebut. Mereka menuntut supaya penerbitnya atau negara yang membenarkan penerbitan filem tersebut memohon maaf kepada masyarakat Islam seluruhnya. Malahan yang lebih membanggakan lagi pihak bukan Islam juga turut mengecam pembikinan filem tersebut yang amat tidak bertanggung jawab kerana ianya telah mewujudkan perasaan kebencian dikalangan pelbagai agama.