Sesungguhnya perjalanan menuju hari akhirat merupakan suatu perjalanan yang panjang, berliku-liku, banyak halangan dan cabaran. Untuk menempuhnya, kita memerlukan suatu perjuangan dan pengorbanan, bagi menentukan, apakah kesudahan kita, sama ada sebagai penghuni syurga atau neraka. Perjalanan ke akhirat itu dimulai dengan kematian, kemudian bersemadi di alam barzakh (kubur). Seterusnya dibangkitkan di alam akhirat.
Oleh kerana keagungan perjalanan ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud; "Jikalau engkau mengetahui apa yang aku ketahui, menjadikan engkau sedikit ketawa dan banyak menangis". (Muttafaqun ‘Alaihi)
Hadis ini menjelaskan kepada kita, agar menghayati hakikat kematian dan keadaan alam akhirat, serta peristiwa di dalamnya, supaya kita akan menginsafi bahawa selepas kehidupan ini, kita akan bertemu pula dengan hari akhirat. Ketika itu, amalan kita akan dinilai. Tiada suatu pun yang dapat disembunyikan. Kemudian, kita dibalas dengan syurga dan neraka. BACA sealanjutnya