WASATIAH dan PERPADUAN

Wasatiah merupakan satu ciri penting dalam Islam yang meletakkan keadilan menjadi rujukan bagi seluruh umat manusia sebagaimana yang telah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat ke 143; “Demikian juga Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad sebagai umat terpilih lagi adil, supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia pada hari kiamat kelak dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu...”.

Berdasarkan ayat yang telah disebutkan di atas, para ulama’ mentafsirkan wasatiah sebagai satu sifat adil, yang melayakkan umat ini menjadi saksi di hari akhirat atas perbuatan orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dan menentang para rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Namun dalam pengertiannya yang lebih luas, wasatiah itu merangkumi ciri-ciri seperti berikut. Antaranya adalah Keadilan, Kebenaran, Keseimbangan, Kesempurnaan dan Menepati fitrah.

Wasatiah menjadi satu amalan yang amat penting kerana ia dapat menjamin wujudnya kesatuan di kalangan sesama umat manusia secara umumnya. Dengan sifat wasatiah ini, ianya mengutamakan ketaqwaan kepada Allah SWT tanpa membezakan bangsa, budaya, bahasa dan warna kulit.

Baca SELANJUTNYA