Kepimpinan merupakan perkara asas yang wujud dalam kehidupan. Fungsi kepemimpinan wujud di semua peringkat masyarakat mengikut tahap-tahap dan tugas-tugas tertentu. Seorang individu sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada dirinya. Seorang individu mungkin merupakan ketua keluarga, ketua pertubuhan atau organisasi dan ketua negara. Ringkasnya, setiap individu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam (pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya". (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga setiap apa yang diamanahkan kepadanya. Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat. Baca selanjtnya