MEMUPUK CINTA


Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi teragung dan rasul terulung. Bahkan nama Baginda juga adalah bermaksud "yang terpuji". Baginda merupakan nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah SWT untuk seluruh makhluk di muka bumi ini. Baginda sangat berakhlak mulia sehingga Saidatina Aisyah R.A isteri Baginda yang mulia menggambarkan bahawa akhlak Baginda s.a.w adalah al-Quran. Begitu juga Allah SWT telah merakamkan ketinggian akhlak Baginda dalam surah al-Qalam ayat 4: "Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar mempunyai akhlak yang mulia".

Sesungguhnya beriman kepada kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu tuntutan. Sesiapa yang tidak mengimanani Baginda serta apa yang dibawa dan diajarkan maka tidak sah Islamnya dan kufur hukumnya. Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 13 "(Ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang bernyala-nyala".

Beriman kepada Baginda s.a.w bermaksud membenarkan kerasulan dan segala risalah yang dibawa dan diajarkan adalah daripada Allah SWT. Beriman dengan Baginda mestilah selari dan sekata di antara hati dan tutur kata. Di antara maksud taat dan patuh kepada Baginda ialah menuruti segala yang dibawa dan diajarkan serta menjauhi segala yang dilarang. Baca SELANJUTNYA