Bagi masyarakat orang Islam, kesukarelaan itu memang diajar, digalak dan didorong oleh agama kerana agama Islam amat menggalakkan dan menuntut kita supaya hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan secara ikhlas dan sukarela. Perbuatan demikian memang sudah terbukti boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Jika amalan sedemikian wujud dalam kalangan umat Islam, orang bukan Islam pun akan mengamalkannya. Masyarakat majmuk, inilah yang akan membina kehidupan yang aman damai, sejahtera dan harmoni.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ma'idah ayat 2:
"Dan hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan bertaqwalah kepada Allah, sesunggunya Allah amat berat azab-Nya".
Sifat tolong-menolong dan semangat kesukarelawan boleh diamalkan dalam pelbagai cara atau kaedah seperti sumbangan kewangan, harta benda dan sebagainya atau dengan sumbangan tenaga dan nasihat seperti bantu-membantu dalam mencegah maksiat, jenayah, kekasaran, penipuan dan seumpamanya. Baca SELANJUTNYA