Syaitan - PENGGODA


Syaitan adalah spesis jin yang diciptakan daripada api dan merupakan anak cucu iblis laknatullah yang sentiasa melakukan kerosakan, menipu dan menimbulkan keraguan di dalam hati manusia. Sejak manusia pertama diciptakan Allah, syaitan tidak jemu-jemu menghasut manusia ke arah maksiat dan kemungkaran serta menghalang manusia dari melakukan ketaatan. Inilah sumpah syaitan seperti yang dikhabarkan Allah dalam surah Sad ayat 82-83:

 (Iblis) berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,  kecuali hamba-hamba-Mu di kalangan zuriat-zuriat Adam itu yang mukhlis (iaitu yang diberi petunjuk untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya)". 

Bagi menggambarkan betapa pentingnya umat manusia supaya berhati-hati terhadap tipu daya syaitan, Allah menyebut kalimah syaitan sebanyak 86 kali. 68 kali disebut dengan lafaz mufrad, "Syaitan" dan 18 kali disebut dengan lafaz jamak, "Syayatin". Tiada siapa boleh menyangkal peri perlunya setiap muslim menghindari tipu daya syaitan. Namun untuk mengelak kedurjanaan syaitan ini, kita perlulah mengetahui bagaimana cara syaitan menggoda dan seterusnya menyelinap masuk ke dalam jiwa manusia. Baca SELANJUTNYA