Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 188:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)".
Dewasa ini umat Islam sangat terdedah dengan gejala rasuah yang mana hal ini telah berlaku sejak zaman Nabi sehingga hari ini yang semakin meruncing di kalangan masyarakat Islam sendiri. Fenomena ini dianggap sebagai penyakit kronik sosial yang boleh dikatakan seperti penyakit barah dalam dunia perubatan yang mana ianya sukar untuk diubati dan akhirnya akan memberi kesan buruk kepada individu, masyarakat dan struktur pentadbiran sesebuah negara sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan dilakukan dari awal lagi. Fenomena ini hendaklah diambil perhatian yang serius oleh semua pihak untuk membendungnya daripada terus menular. Baca selanjutnya