MUDAHNYA Islam


Sekitar Kaabah Tahun 60an
Islam adalah agama yang mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua keadaan, masa dan tempat serta sesuai dengan fitrah kejadian manusia.  Ia juga bermaksud  Islam  adalah agama yang bersifat sederhana, mudah, praktikal dan bertoleransi. Selain itu, pengikut agama Islam pula disifatkan sebagai  ummatan wasatan iaitu umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta
berimbang dalam seluruh aspek kehidupannya. Sifat Islam sebagai agama yang penuh kemudahan ini ditegaskan  dengan jelas oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya kamu bersyukur”.

Oleh kerana itu, maka tidak sewajarnya diberatkan atau disulitkan pengamalan Islam dengan sikap memberatkan perkara yang mudah dan menambah amalan-amalan yang membebankan sehingga melampaui batas kemampuan manusia. Sikap sebegini bukanlah daripada Islam. Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya manusia itu sendiri yang menyusahkan diri mereka. Baca selanjutnya